Sunday, June 19, 2016

Surah Al-Baqarah (67~71



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 67~71:
Ringkasan tafsir;

Alkisah, kaum Bani Israel dari sebuah kampung yang telah difitnah oleh kaum Bani Israel dari kampung berlainan, yang mana salah seorang kaum Yahudi saudara sepupu yang meskin telah membunuh orang kaya itu demi untuk mendapat waris harta yang dimiliki oleh orang kaya itu. Maka orang meskin ini mengadu kepada Nabi Musa bahawa bapa saudara sepupunya telah dibunuh oleh orang kampung itu sebagai helah melepaskan diri dari tuduhan membunuh. Nabi Musa merasa rumit untuk menyelesaikan masalah ini, dan berjumpa orang kampung itu dan meminta menyembelih lembu (jenis; lembu betina tidak tua dan tidak muda, pertengahan umur, kuning warna, tidak pernah diguna untuk membajak atau mengangkat air dan tidak berbelang). Maka mereka mencari lembu tersebut tapi tak berhasil.

Alkisah dipendek cerita, seorang lelaki yang taat kepada ibunya, memiliki lembu jenis tersebut dan malaikat yang menjelma sebagai manusia memberitahu budak lelaki itu bahawa lembu itu amat berharga dan Nabi Musa akan membelinya. Apabila tiba masanya maka lembu tersebut dibeli oleh Nabi Musa dengan harga seberat lembu itu, dan kemudian menyuruh orang kampung  menyembelih lembu itu dan Nabi Musa menyuruh orang kampung  memukul (1.2.73) orang yang telah mati itu dari sebahagian anggota badan lembu dan bangkitlah hidup simati itu bagi menerangkan siapa yang membunuhnya (1.2.72).
Ayat ini ada  3 tauladan;
1) Sipembunuh tidak terlepas dari tuduhan membunuh.
2) Seorang anak berbakti kepada ibu mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

3) Kaum bani Israel terlalu banyak mempersoalkan perkara yang remeh temeh dan engkar perintah Allah. 


[Previous] [Next] 

Sumber, 
Terjemahan (1.2.61~70);
[GS]
https://t.co/lSjytrUbco
Terjemahan (1.2.71~80);
 [GS] https://t.co/auowD5I3V3
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 
Pautan
,
[G+] https://plus.google.com/118056132762731366625/posts/5xVcCa9QJj1





No comments:

Post a Comment